~Momento~

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers Lilypie Maternity tickers

Monday 16 January 2012

~ Mee Jawa De' Perantauan ~

Posted by JuwaAsyraf at 05:12 0 comments




Bahan-Bahan:


Bahan Celur


1. 1 paket -Mee Kuning 
2.  Sawi (anggaran Ikut suka hati)
3. Taugeh (anggaran Ikut suka hati)


Kuah 


1. 5 biji keledek (tambah jika mahu pekat dan manis,terpulang pada citarasa masing-masing)- direbus dahulu serta dilenyek
2. Udang kering- ditumbuk atau dikisar (ikut suka hati)
4. 1 paket - Fish Ball, Fish Cake
5. Air (secukupnya)
6. Garam 7. Serbuk Perasa

                                                                                                                                                                           
Bahan Kisar


7. 3 Biji Bawang besar (bwg kecil pun boleh ikut citarasa)
8. 4 biji bawang putih 


Cara Pembuatan:


1. Kisar semua bahan kisar sehingga lumat. Panaskan minyak di dalam periuk. Apabila panas, tumis bahan kisar sehingga garing.


2. Tumiskan Cili Boh sehingga pecah minyak. Setelah itu, masukkan air secukupnya. Biarkan selama, 15 minit.


3. Apabila telah mendidih masukkan, udang kering dan keledek yang telah direbus. (keledek perlu ditambah ikut citarasa, jika mahu pekat dan manis letakkan dgn byk). Masukkan air supaya tidak pekat.


4. Masukkan Fish Ball & Fish Cake ~bhn simple yg ada dlm peti ais..:)..(dan bahan2 lain seperti sotong, udang,ayam dsbg ikut citarasa).


5. Masukkan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa. (tak perlu tambahkan garam jika sudah masin setelah dimasukkan udang kering). Setelah mendidih.tutup api.dan siap..


6. Hidang bersama bahan celur secara berasingan (ikut citarasa masing2,) serta letakkan bersama cili besar yang telah siap dipotong dan ditabur bawang goreng jika suka..


   ** Selamat Mencuba*

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Baby Mama Countdown~

Blogger Widgets
 

~Diari Hati Ku.~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea