~Momento~

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers Lilypie Maternity tickers

Monday, 8 July 2013

Gerakan-gerakan kecil bayi dalam kandungan mama....awesome!!!

Posted by JuwaAsyraf at 00:10
pregnancy

Disebabkan dah lama tak tulis blog..rini tulis lagi...hehehe....

Pepun..walaupun baru merasai pengalaman mengandung yang makin menginjak usia 6 bulan..banyak gerakan-gerakan kecil yg bibi dah dalam yut nie wat,sampai mama mude nih (mude ke) teruja sesangat...
Kalau sebelum nih asek ngadu kat hubby yg  bibi tk gerak2 pun, tetapi bile awal minggu 17-19 bibi dah tunjuk taring setat dengan denyut2,wah..mama syukur sgt...siap kongsi dgn papa bibi tgh berlatih tomoi..hehehehe...(almaklumle kiter berdua kan jauh dri papa)..huhuhu

di sini kiter kongsikan le beberapa link untuk tatapan para ibu-ibu yang pertama kali merasai pengalaman hamil....cume setiap bakal-bakal ibu, kadangkala berbeza rasenye bile die akan merase gerakan pertama baby dlm yut yg comey nih...mcm sy nih,mungkin disebabkan perut nipis dgn tubuh yg slimm memelim nih,walaupun kali petama mengandung tp dah boleh rase dn beza gerakan baby seawal usia 16 minggu....
Kalau tak setiap kali checkup kat KK, mesti dr. tanye baby dah quickening ke??? ha time nih mmg muke dgn toyanye tanye dr. balek .."rasa quickening or gerak2 tu camne dr...??/ hahahaa" lepas dah ase sendiri, dah leh ckp dgn dr. (time checkup 28 weeks) dgn senyuman bhw bibi tomey mama dah gerak2....

ok, sibuk melalut2 nih..ni ha link nye...

1. http://www.babycenter.com.my/a1028705/pergerakan-bayi-dalam-kandungan

Bilakah kali pertama saya dapat merasa bayi saya bergerak?

Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan. Jika ini adalah kehamilan anda yang pertama, mungkin mengambil masa bagi anda untuk mengenalpasti bahawa sensasi seolah-olah ketukan lembut dari dalam perut itu adalah sebenarnya pergerakan bayi anda. Anda mungkin akan mula menyedarinya kira-kira dalam minggu ke-18 dan minggu ke-20, atau lebih lambat daripada itu.

Jika anda sudahpun mempunyai anak, anda pasti tahu tanda-tandanya. Anda mungkin mula menyedari pergerakan bayi anda kira-kira di antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.

Apakah yang sedang dibuat oleh si kecil di dalam perut?

Imbasan ultrabunyi (ultrasound) boleh menunjukkan apa yang sedang dibuat oleh bayi anda. Kebanyakan pergerakan bayi bermula lama sebelum anda menyedarinya:
  • Pada minggu ketujuh hingga minggu kelapan, bayi anda mula membuat pergerakan am, seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut.
  • Pada kira-kira minggu kesembilan, bayi anda mula mengalami sedu, menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan.
  • Pada minggu ke-10, dia boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya, menganga dan mengeliat.
  • Pada minggu ke-11, dia boleh menguap.
  • Pada minggu ke-14, dia boleh menggerakkan matanya.
Secara beransur-ansur, pergerakan bayi anda menjadi cukup kuat untuk anda merasainya. Tidak lama selepas itu, anda akan kerap merasa dia mengetuk atau menendang apabila dia meregangkan tangan dan kakinya.

Bayi anda tidak akan bergerak sepanjang masa sebab. Seperti anda juga, ada masa-masanya dia hanya mahu berehat dan tidur. Menjelang penghujung kehamilan, dia akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang, kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya


>>>> ader r agi blog2 yang bley dijadikan panduan..kene ingat ibu2..gerakan2 baby nih kenala kiter aware sentiasa ek....


pregnancy calendar

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Baby Mama Countdown~

Blogger Widgets
 

~Diari Hati Ku.~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea