~Momento~

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers Lilypie Maternity tickers

Monday 15 July 2013

GDM...Diabetes oh Diabetes Vs Puasa (Part 1)

Posted by JuwaAsyraf at 19:13
Salam dan Selamat Sejahtera semua....




Setelah sekian lama la gak \dilantik menjadi  pesakit berisiko>>> kencing manis..nih baru nak wat post pasal kncing manis ketika hamil... almaklumle skrg bulan posa, haaa 1st time posa sbg ibu hamil yg ade kncing manis (yg terkawal )... so far, alhamdulillah setelah seminggu umat islam menyambut ramadhan, aku dah kumpul 4 hari posa, yang lain sbb muntah2 n terkena angin gastrik kot..wisau kat bibi.. pepun aku sentiasa berdoa bibi sentiasa sihat dan kuat....amin..... selagi boleh berpuasa, kencing manis dn hamil bkn halangan besar... cume kena awarela simptom2 perubahan pd diri kita...



“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
                                  

 Berikut merupakan beberapa tips-tips puasa bagi ibu-ibu hamil:-


Panduan bagi pesakit diabetes yang dibenarkan berpuasa

# Diet – Elak makan berlebihan ketika berbuka puasa dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes.

# Senaman – Melakukan aktiviti fizikal yang ringan ketika berpuasa tidak akan mendatangkan kemudaratan. Perubahan diet dan ubat-ubatan ketika bersahur harus dibuat (mengikut nasihat doktor) bagi mengelakkan kadar gula dalam darah turun mendadak.

# Ubat – Dapatkan nasihat doktor mengenai pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat. Sebagai panduan, dos ubat-ubatan yang diambil pada sebelah pagi pada hari tidak berpuasa ditukar masa pengambilannya ke waktu berbuka puasa. Dos yang diambil sebelum makan malam sewaktu tidak berpuasa, pula perlu diambil sebelum bersahur. Pengurangan dos yang diambil mungkin perlu untuk mengelakkan kadar gula dalam darah turun atau naik mendadak.

# Insulin – Dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan pada permulaan bulan puasa, seperti berikut:

# Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera (short-acting insulin) ketika berbuka dan sebelum bersahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama (intermediate acting insulin) sebelum tidur.

# Dua kali suntikan insulin: Satu dos insulin yang sudah dicampur (premixed insulin) ketika berbuka puasa. Dos yang diperlukan ialah sama seperti dos yang diberikan pada waktu pagi pada hari tidak berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diberi sebelum bersahur (0.1 – 0.2 unit insulin/kg berat badan

 
Fakta: Peringatan umum pesakit diabetes berpuasa

1) Jangan melengahkan berbuka tetapi melambatkan bersahur.

2) Bagi pesakit yang baru berpuasa digalakkan mengukur gula dalam darah supaya mereka boleh nilai tindak balas kadar gula dalam darah waktu berpuasa. Tahap gula diuji pada, sebelum bersahur antara dua ke empat jam selepas bersahur, sebelum berbuka puasa dan antara dua ke empat jam selepas berbuka.

3) Makan ubat/menyuntik insulin mengikut nasihat doktor.

4) Makan berpada-pada ketika berbuka serta kurangkan hidangan yang manis.

5) Mengawasi penyakit diabetes dan kesihatan mereka secara umumnya.

6) Mengenali tanda-tanda hipoglesemia (kekurangan gula dalam darah), hiperglisemia (gula berlebihan dalam darah) dan dehidrasi.

7) Segera berbuka apabila mengalami masalah sama ada hipoglesemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Haram untuk pesakit meneruskan puasa kerana ia boleh memudaratkan mereka.

 >>>Mengubahsuai dos ubat atau insulin dan waktu ia harus dimakan /disuntik mengikut syor doktor.

Simptom hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi:

Tanda-tanda hipoglisemia:
# Menggigil
# Terlalu lemah
# Amat lapar
# Berpeluh
# Pucat
# Berdebar-debar
# Gelisah
# Koma (tak sedarkan diri)

Tanda-tanda hiperglisemia:
# Kerap buang air kecil
# Terlalu dahaga
# Sangat letih

Tanda-tanda dehidrasi:
# Amat dahaga
# Kulit dan lidah yang terlalu kering
# Fikiran terganggu

Pesakit diabetes tidak dibenarkan berpuasa sekiranya:

# Penyakit diabetes yang dihidapi tidak stabil. Bimbang ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.
# Tidak mematuhi nasihat penjagaan diet, pengambilan ubat-ubatan dan insulin.
# Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.
# Kerap mengalami koma diabetik ketoasidosis.
# Kerap mengalami koma hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).
# Mengalami jangkitan kuman.
# Warga tua dan tinggal bersendirian.
# Wanita hamil yang memerlukan suntikan insulin.
# Berusia bawah 12 tahun

Sumber: 
Oleh Hafizah Iszahanid dan Suzan Ahmad

Read More: http://www.serikasih.com/diabetes-bukan-halangan-puasa#ixzz1r30WeJKW


 
Ni rekod kesihatan ibu awal2 dulu...  
               







             Pastu tukaq sticker kuning dari ijau
  tanda berisiko..hoho..seb bdn r...  GDM On Diet Control.. >>> kene kawal makan diet...

                                       

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Baby Mama Countdown~

Blogger Widgets
 

~Diari Hati Ku.~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea