apapun, dalam duk pikir yang bukan2 meh la kiter belajar cara nak urus uri anak yang bakal lahir ... khususnya org mcm ak & suami yang bru nak timang anak..hehehe.. pengurusan uri ini penting, sbb dalam masyarakat kiter skrg ader yang urus sampai memasukkn unsur khurafat dn syirik...kawan2 jgn tersasar k...
apapun ini adalah perkongsian yang telah dipetik dari sebuah blog...terima kasih pemilik blog,..smoga anda dilimpahi keberkatan atas perkongsian ini...
APA ITU URI/PLACENTA
Dari Blog http://khairun-najah.blogspot.com
"Plasenta (uri) adalah organ yg terbentuk di dalam rahim semasa kehamilan.Bagi manusia, ianya tebal dan berdiameter lebih kurang 18cm.Dipenuhi salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat.Plasenta membekalkan zat makanan dan oksigen kepada fetus (bayi di dalam kandungan) dan juga bertindak sebagai kelenjar endokrin.Setelah bayi keluar, plasenta akan dikeluarkan melalui pengecutan rahim..."
Dari Blog http://drzubaidi.com
"Uri atau placenta adalah organ yang dibentuk di dalam rahim. Ia dibentuk bersama-sama dengan janin, bertujuan untuk pengambilan makanan dan oksigen dari ibunya. Selain itu, ia mengeluarkan bahan-bahan kumuh dan toksik dari janin kepada ibu agar dapat dibuangkan dari tubuhnya.
Oleh itu, uri adalah 'sebahagian daripada organ' dalam proses pembentukan bayi. Ketika bayi dilahirkan , uri akan keluar bersama-sama bayi. Tali pusat yang menyambungkan antara uri dan bayi akan diputuskan. Selepas itu, uri tidak ada lagi peranan..."
CARA MENGURUS URI MENGIKUT CARA ISLAM
1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat
Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)
• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.
Sumber : www.suatuperjalananmaya.com