~Momento~

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers Lilypie Maternity tickers

Saturday, 2 February 2013

Book Review: Tafsir Ayat Ahkam oleh Prof. Dato' Paduka Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff

Posted by JuwaAsyraf at 07:25

              


"Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan 
yang betul dan menyampaikan berita yang menggembirakan kepada orang-orang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar."

(Surah al-Israk, ayat 9)

Ini adalah buku yang aku baca baru-baru ini, ia bukan sekadar buku, tetapi ia telah menjadi tuntutan buat kita untuk memahami maksud setiap ayat-ayat Al-Quran yang Allah turunkan kepada nabi junjungan besar, Nabi Muhammad S.W.T. melalui pengantaranya, malaikat Jibril. 

Dalam buku ini, terdapat huraian lengkap hukum hakam dalam islam, yang telah tertulis bagi menjadi pedoman dan petunjuk buat kita dalam kehidupan kita hingga akhir hayat.


Tafsir Ayat Ahkam ini, adalah hasil huraian dan suntingan, Professor Dato' Paduka, Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff iaitu Pengarah Pusat Penyelidikan Al-Quran dan pensyarah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.




Sesungguhnya kebenaran itu ada di dalam Al-Quran. Memahaminya adalah satu ibadat. Mungkin selama ini kita alpa, kita terlupa..insyaAllah dengan pembacaan ini, aku dapat me'refresh' semula apa yang kita terlupa.

"Dan janganlah kamu memuja tuhan selain Allah, kerana tiada tuhan selain-Nya. Semua akan binasa kecuali Allah dan bahawasanya hukum itu kepunyaan Tuhan, di mana kepada-Nya kamu akan dikembalikan."

(Surah al-Qasas,ayat 88)

Aku tertarik dengan satu ayat di atas..iaitu dari surah an-Nisak ayat 58-59, yang mana,huraiannya ada menyebut, dalam ayat ini, Allah menerangkan, orang-orang yang beriman diwajibkan mentaati Allah dan Rasul serta juga para ketua atau sesiapa yang menguruskan urusan mereka...dalam kehidupan kita, terdapat susunan hidup yang mana, kita memerlukan seseorang yang boleh mewakili sesuatu komuniti (jemaah) untuk menyelaraskan kesejahteraan hidup di dunia berlandaskan syariat Allah. Sekiranya, timbul perselisihan maka hendaklah merujuk kitab Allah.

Dalam ayat 58, Surah an-Nisaak, Allah memerintahkan umat manusia supaya menunaikan amanah. Sebagai khalifah di muka bumi ini, manusia diberi amanah oleh Allah, lebih-lebih lagi para pemimpin yang menjalankan urusan manusia.... (huraian dari Prof,)

Ini sebenarnya telah menyedarkan aku, bahawa kita semua telah dipertanggungjawabkan dengan amanah sejak lahir lagi iaitu pertama amanah kita sebagai hamba Allah S.W.T., seterusnya, amanah kita sebagai anak kepada kedua ibu bapa kita, serta adik beradik kita, apabila kita belajar, meningkatlah amanah kita sebagai seorang pelajar terhadap ilmunya, apabila bekerja, kita diamanahkan sebagai pemimpin sebagai ketua dalam sesebuah organisasai, apabila berkahwin mulalah kita mempunyai amanah sebagai pemimpin keluarga...suatu masa nanti kita akan di hitung setiap apa yang kita kerjakan,setiap apa yang kita buat keputusan sebagai pemimpin...sebagaiman petikan hadis Rasulullah S.A.W. :- 

"Ketahuilah! Setiap kamu adalah pengembala (pemimpin) dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinan itu. Seorang Amir, (Penguasa) yang berkuasa terhadap rakyat akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya, dia akan ditanya mengenainya, seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan anak-anaknya, maka dia akan ditanya mengenainya, setiap hamba memimpin atas harta tuanny dan dia akan ditanya mengenainya maka ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinan itu."



Sesungguhnya, apa yang kita lupa apa yang kita khilaf apabila kita tersedar, bertaubatlah.. moga pintu taubat -Mu masih terbuka buatku, buat suamiku, buat ibu bapa kami, buat adik-beradik kami, kaum keluarga kami dan buat para muslimin muslimat...


                  Matikan kami dalam iman, dan masukkan kami ke dalam syurga-Mu, ya Allah.

                                                 Pesanan buat semua dan diriku sendiri>>>>



Maafkan saya zahir dan batin, halalkan makan minum saya...Saya telah memaafkan semua orang..terima kasih semua... Selamat Malam :-)

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Baby Mama Countdown~

Blogger Widgets
 

~Diari Hati Ku.~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea